Rabu, 11 Oktober 2017

Cuka, Delima, Kebaikan dan Cara Pengambilannya

Watikah hari ini adalah...

Lama dah aku tinggalkan blog ni. But I come back. I wonder, ada ke orang baca blog ni lagi? Kengkadang aku datang balik baca pasal bebudak ni. Kelakar jugak. Tak tau diorang yang kelakar atau aku je perasan aku kelakar. 

Dalam percubaan untuk mengaburi diri sendiri dengan perasaan mendom berahi ni, aku nak share lah sikit tip-tip untuk membuat kopi dalam jag. Okay, i'olls tipu. Sebab takde perasaan nak cerita pasal kopi dalam jag. Lagi pun kopi Mak, kopi omputeh. Clean lines takde berlemak. Minum hitam straight up je. Jangan kecewa okay. Berguling lah ko disana. Mak tak kisah sebab tak nampak pun. 

So pagi ni I fed myself Pomegranate Vinegar (cuka buah delima). Alternately sometimes I makan Pomegranate Concentrate (Pati Buah Delima). Cuka-cuka dengan pati-pati buah ni kalau nak buat ubat, jangan pakai metal spoon. Kena suap gunakan plastic spoon. Kata orang nanti dia mati zat buat jadi ubat. I dono, so I just folo je lah. 

Pomegranate Vinegar
Foto Credit: Mercucita


Pomegranate Concentrate
Photo Credit: Mercucita


Apple Cider Vinegar
Photo Credit: Amazon

Apple Cider Vinegar (ACV) ni function dia adalah cuka berubat jugak. Minum sama cara dengan cuka/pati buah delima. Elok ambil cuka untuk mencairkan kahak kalau adalah masalah pernafasan. Olive Oil will be good untuk sore throat yang boleh terasa sampai kerongkong korang berhabuk tu - One Tablespoon buat beberapa kali sehari, 1-3 times.

Olive Oil
Photo Credit: Tesco Malaysia

For bad coughs or croup, korang boleh cuba:
1 tbsp Olive Oil + 1 tbsp ACV + 1 tbsp Madu = sebatikan dan minum beberapa kali sehari.



Berbalik kepada kisah buah delima ni, zat dia kuat untuk rahim peranakan perempuan. Kalau dalam Islam, rahim kita akan clear dari pendudukan jin dan seangkatannya selama 40 hari. If you have those mystic things going on yang hanya korang je yang tau, this is something for you.


Reference: ymr2u


Cuba je lah. It is good if you ada permasaalahan dengan rahim. Ada kadang keluar macam minyak, or cecair lutsinar, keputihan etc just the normal things women get. Just that dia keluar banyak dalam first 3 days tu, lepas tu agak clear.


Saje saya nak share..kalau sakit kepala/migrain ini la ubat kami..sesiapa kerap kena magrin kdg2 sampai penadol pun tak jln..Tapi dgn 3 bahan nie berkesan kalau sakit kepala..senang citer dekat umah kami takde stok penadol @ ubat hospital..
1. Air suam
2. Cuka apple organik
3. Madu ori
* Cuka apple dan madu 1 sudu besar dicampur dlm air suam.Pastikan sudu plastik tau sbb sudu besi tak sesuai untuk madu sebab boleh hilangkan zat madu 2..
* Baca selawat 3 kali terus minum..Nak bilas air masak untuk hilangkan rasa masam pun boleh..
* Lepas tu minum terus tidur..
Inshaa Allah lepas bangun tidur sakit kepala 2 terus hilang..boleh la sape2 yang ade sakit kepala/ magrin 2 try cara nie..Mana tau berkesan.
Cuka apple nie memang masam tinggi asid tapi didalam tubuh dia berubah jadi akaline.Fungsi die macam lemon.Cuma pastikan minum masa perut kosong sebb yang jdi asid kalau kita minum masa dlm perut ada makanan yg boleh menyebabkan gastrik..Banyak kebaikkannya kalau ada yang was2 boleh refer pda doktor..Jazakallah.
Yang diatas ni, diterima through WA a few days ago. No wonder la sometimes I get bad heartburn sebab cara minum salah. Kena minum cuka tu dulu dengan perut kosong. Bukannya dengan makanan. Kalau ikut concept pharmaceutical, that means perut kena kosong 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Pening ke tak baca ni semua? Jangan pening-pening. Tak perlu runsing. Baca balik apa yang aku dah tulis tu. Notakan. Lagipun kalau korang pensan pun Mak takde situ nak tolong. Baca je balik slow and steady.

Kalau korang dekat Shah Alam, dah ada banyak kedai Pak Arab kat sini yang ada benda-benda ni. Seksyen 9 sebaris kedai-kedai kereta tu. Seksyen 3 sebaris dengan Ceria. Mercucita pun ada.

Okay, love from me.

I hope you'll have a good day and will doa the same for me.

Thank you.




Khamis, 5 Oktober 2017

Sampai bila?

Watikah hari ini adalah...


Korang create group satu sekolah tapi masih berpuak pada umur 40-an.

...Nak tanya la...

...korang ni dah habis sekolah ke belum?


Zoom in TMZ, ET ni. Tanjat ke u'olls...???

Haaa cepat confessionnya je la korang...
Dah berapa kali dah korang stay sana repeat paper SPM?
Tahniah diatas kegigihan tersebut.
Nanti time koko jangan pulak nak singgah rumah Mak buat jadi rumah singgah.
Mak takde rumah sebab Mak wanita berkerjaya kei...



Really sincerely sangat. Coz I've left it 24 years ago.

xoxox

Mak Tombak

Isnin, 2 Oktober 2017

seramat pagi chegu

Watikah hari ini adalah...

Sedang-sedang aku mengamati masaku memproses kerja ofis, boleh pulak aku teringat nama bestfriend ex aku yang tidak dikenang. Kalau nak terkenang pun, agak-agak ler... Orang tu pun aku tak ingat, ni kan pulak bestfriend dia. Kan?


Be like...



Jom buat macam Daebaking jap. 
Berbahasa subtitle:

The Omputeh: WTH... 
The BM: Pe...ja...dah...


Okaylah.

Good morning.

xox britney tombak


Khamis, 28 September 2017

Berhati-hatilah dengan hati sendiri. Hati kita sendiri kot...

Watikah hari ini adalah...

Sometime kita kena bantu jaga hati orang. I am a very objective person yang mana akan datang masa where I question my own sanity. "Kena ke? Bukan hati aku kot?? Hati dia, dia la jaga." Agak objectively decisive yang kalau orang lain dengar pun cam... "Eh, centu ke?"

For me, ye, centu. 

Banyak perkara yang aku experience. Super high, super lows. Being depressed, being happy so sensually quiet and contented (cara aku la), and being delirious just letting go of my own fears to embrace benda yang aku tak sangka aku dapat alami. Ketentuan yang banyak. Mungkin ada jugak situasi yang tak semorang boleh nak lalu pun. Kurang kuat untuk rasa dan tanggung. And based on sharing of experience, aku rasa memang centu.

Bila ko hilang arah, tengok jiwa ko tu. Bila rasa ditelan lubang, memang nak duduk dalam tu dendiam selama boleh. Ko tak nak tengok orang, jadi marah bila orang hulur tangan nak tarik kita keluar, you dowan to make contact with outside world langsung. But somehow one day, you decide you don't want to be in that place anymore. Cuma ko terkial jap. Sendiri terasa bersalah dan tak sedap sebab guilty sendiri khuatir dah offend so many people. I can only help you with these tips:

1. Join any online forums yang ada, random. Create an account that dengan intention bila-bila je ko boleh buang kendian. Post on what you're feeling. Just write. Walaupun dengan keadaan yang taktau, blur, kebas, numb. Tulis je walau jiwa ko kecamuk. Tak payah risau perception orang posting ko tunggang langgang. Peduli hapa orang nak judge ko pun? Bukannya diorang yang belikan ko beras tiap bulan. 

2. Go for a brisk walk. Kat jalan depan rumah ke, kat opis ko ke, walaupun yang ko jalan tu tak berpeluh pun. Jalan je.

3. Kalau ko kerja, balik kerja tu pegi la singgah kedai minum ke, kedai runcit ke jap... sampailah otak ko dah tak senteng, baru ko balik rumah. Jangan judge diri sendiri ko not a good person kalau ambik masa lama untuk baru balik jumpa family. Kalau otak dan emosi ko tak stabil pun, takde jadi quality pun time ko kat rumah. = Jiwa stabil gives more quality to life. Ada kot mungkin lagi menyorok dalam jamban sejam setengah kalau balik dengan rasa senteng setiap hari. (Aku tau k. Pernah berlaku. Jadi sama je sejam setengah ko duduk kat luar balik rasa fresh, nak compare dengan balik awal tapi kunci diri dalam bilik sejam setengah takmo jumpa orang - tapi kan cemana nak boleh right?)

4. Start making time for yourself. Like lepas benda rumah dah settle, go make yourself a drink. Layang ke jap satu show yang ko suka, lapah chocolate yang ko dok sorok dari semorang or read something that you like. You deserve that time out. Kenapa tidak, kan?

5. Minum air kosong banyak. Minum apple cider vinegar. Minum pati delima. Mula gosok kulit badan guna Bio-Oil sampai minyak tu jadi kering kat badan. Rotate la cuka/pati tu. Ko akan feel the difference. 


Going back to the beginning of this post, kan aku ada question tentang nak jaga hati orang? Ha meh Mak citer sikit.

Sampai tahap mana kita kena jaga hati orang, sampai kita tak jaga hati kita sendiri? Lantaklah kalau orang lain tak tau nak jaga hati kita cemana sampai kecik hati kita ni for their ignorance and convenience. Kita ni bukannya 7Eleven yang sentiasa kena readily emotionally available untuk orang. Sedangkan kedai mamak pun kena tutup beberapa jam sehari untuk rehatkan semua for better next day output. 

Maka, dengan ikhlas jiwa ko sendiri, ko bantulah diri sendiri dengan...

1. You forgive yourself untuk sebarang kesulitan ko timpakan ke atas diri sendiri, untuk sebarang disappointment ko capai, untuk sebarang kerisauan atau KPI diri sendiri yang terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Bagi setiap kali you let people use you, manipulate you, accuse you, abuse you. Ko faham kan? Ko faham tak? Ko maafkanlah diri ko sendiri.

2. You forgive your parents untuk sebarang kelukaan, yang setiap kali yang pernah ko rasa tersinggung etc (kau lebih mengetahui). 

3. Forgive your suami/isteri, anak-anak, adik beradik, ipar duai, mertua, BFF etc.

Mungkin ko kata aku gila. Ya, mungkin aku gila. But I've gone up there and down gila dengan perkara yang aku timpakan kepada diri sendiri dan yang pernah orang timpakan ke atas aku. 

Dan setiap kali ko terkecik hati untuk apa-apa, ko ambik seminit senyap sambil dalam hati ko mintak la seikhlasnya, "Ya Allah, ko pujukkanlah hatiku ini". Gumpalkan disapointment tu dan campak ke luar hati. 

Aku pun dah tak tau tahap mana aku dah merapik ni. It's just also a reminder that for you not to be judgmental of other people. You've been through the worse of things, you dah forgive diri sendiri dan orang sekeliling; ko tak perlulah nak fikirkan situasi untuk orang lain. Just keep that happy for you. You dah tak perlu nak sibuk benda lain bikos, you really love yourself. Ko tau ko tak perlu fikir pasal orang lain. Ko faham tak? 





Kalau ada benda ko tak boleh bawak, ko bagitau je ko tak boleh. Lantak le orang tu nak marah. Dia takde orang lain ke yang boleh tolong dia? Ultimately, itu masalah dia dan ko akan membantu dia dengan memberikan dia peluang untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Twisted je bunyik tapi itulah yang sebetulnya.

Okay terus Mak jadi ngantuk sebab heavy nor menatang subject yang aku pilih ni...

Baiklah, dengan penuh kasih sayang:

EHEH 




Rabu, 27 September 2017

Takzirah hari ini #cecewah

Watikah hari ini adalah...

Korang pernah tak dedulu doa untuk sesuatu baik atau tak baik (clause: tak baik tau) atau balasan for whatever grounds that you decided on, lepas tu sekarang baru berlaku? You kind of forgotten about it for a while sebab as your life progresses, korang kena let go to move forward kan. Kan... Then bila it happens, you go like... woooooaaaah...

My friend told me once: "God counts not on seconds, days or years. He has no sense of time. He only gives when it should happen."

Paham tak? 

Bila Allah nak bagi, Dia tak mengikut "Oh, perkara ini akan berlaku pada hari Selasa sekian tarikh sekian waktu". Dia cuma akan memberi mengikut ketetapan situasi dan waktu.

For example: 
Boifren dah bertukar berapa kali, nak patah hati sampai ko pun penat tak tau mana silapnya. Lepas tu ko take a break, decide to cuba tukar arah untuk diri sendiri yang mana secara tak langsung, you change your outlook in life. Then suddenly lepas tu you terjumpa the right person.

Kedalamannya: He will give you something untuk lalu dan cycle tu berulang selagi ko tak belajar dimana kesilapannya. Dan jalan akan dibuka luas bila you LEARN to break the cycle. 





Samalah concept dengan bila dengan kesungguhan hati ko berdoa agar sesuatu itu dapat berhenti dari cyclenya contoh seperti menghalang/menyakiti sesuatu yang lain untuk membuahkan kebaikan buat semua orang/sesuatu situasi. Semua tu Dia saja yang menentukan. 

Jadi, apa pengajarannya kat sini? 

JANGAN ANIAYA ORANG. 
JANGAN MENYUSAHKAN ORANG.
JANGAN MENYULITKAN SESUATU PROSES YANG MUDAH DENGAN SENGAJA.

Banyaklah yang boleh kita tau sendiri no need to story longer kan.

So I mengingatkanlah diri sendiri, dan u'olls untuk berbuat sesuatu kebaikan, yang bertempat. Sebab ramai je yang akan ada nak ambik kesempatan dan menyusahkan korang kemudian hari. Ada la sekali dua yang dah terbentang depan mata. Syukur jugak sebab Allah bukakan my mata hati to realise my doa dikabulkan. 

Jadi dengan ini, I hope the economic downturn ni will end quickly for us all. Times are hard. And I hope we all can get through it well. May we be protected under His grace.

Okaylah. 

EHEH

Babai.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails